Oktober 7 - Program Membaca Sayang Si Alai

Semenjak SPN 21 bermula banyak sekali perubahan dibuat dalam sistem pendidikan negara, termasuklah kaedah-kaedah pengajaran juga banyak diubahsuai bagi membantu dan mempercepatkan peningkatan dalam pendidikan. Salah satu perubahan adalah kaedah membaca menggunakan kaedah bacaan fonetik bagi menggantikan kaedah membaca secara suku kata. Sehubungan dengan itu pihak sekolah memilih kaedah ini sebagai tajuk program outreach sekolah kami. Tujuannya adalah untuk memberikan pendedahan kepada ibubapa tentang kaedah fonetik sebagai kesinambungan terhadap pengajaran di sekolah agar ibubapa sekurang-kurangnya dapat memata-matai kefahaman anak-anak mereka. Demi untuk kemajuan anak-anak mereka dan peningkatan Akedemik sekolah.

Guru Besar, Cikgu Haji Hamidun bin Haji Hassan, merasmikan pembukaan Program Membaca Sayang Si Alai.

Cikgu Shahuda memberi penerangan ringkas tentang Program Membaca Sayang Si Alai.

Cikgu Arina & Cikgu Hardina mengajar kepada ibu bapa dan penjaga murid-murid pra & Tahun 1 mengenai pengajaran fonetik.

Antara ibu bapa & penjaga yang hadir.

Ibu bapa & penjaga mengikut serta dalam aktiviti fonetik yang diberikan.

For more pics, click here.