Mei 15 - SR Serasa Juara Kejohanan Olahraga Brunei II (B)


Sebanyak 15 buah sekolah dari sekolah-sekolah rendah kerajaan dan pendidikan swasta menyertai kejohanan olahraga kawasan Brunei II (B) dan Sekolah Rendah Serasa, Muara telah meraih Piala Keseluruhan Kejohanan Olahraga selepas mendapat 8 emas, 6 perak dan 2 gangsa. SR Serasa juga meraih Juara Kumpulan Perempuan dan Juara Perbarisan Lalu.

Rizauddin Sukarmie dari SR OKBI Subok meraih Piala Olahragawan selepas mendapat 2 pingat emas dan 1 pingat gangsa dalam acara 1500m, 800m dan 4x400m. Farah Filzah peserta dari SR Serasa meraih Piala Olahragawati selepas mendapat 3 pingat emas dalam acara 100m, 200m dan 4x100m.

Haji Nasir bin Haji Matali,Penyelia Kanan Daerah Brunei II & IV, adalah tetamu kehormat yang menyampaikan piala-piala kejohanan.

Tuan Rumah adalah Sekolah Rendah Serasa, Muara.

For more pics click here.

No comments: