10 September - Anak-Anak Yatim Sekolah Rendah Serasa Terima Derma (Pelita Brunei)


Khamis 10 September - Derma-derma bagi Anak-anak Yatim di negara ini terus dihulurkan oleh agensi-agensi kerajaan, swasta dan orang perseorangan.

Sekolah Rendah Serasa, tidak ketinggalan mengadakan majlis penyerahan derma kepada anak-anak yatim yang belajar di sekolah tersebut yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan.

Dalam majlis penyerahan derma, Guru Besar Sekolah berkenaan, Awang Haji Hamidun bin Haji Hassan berkata bahawa derma tersebut hasil kutipan dari guru-guru dan kakitangan sekolah berkenaan.

Ketika ditemui Guru Besar menambah, dengan adanya majlis ini berharap agar derma yang dihulurkan akan meringankan beban pelajar lebih-lebih lagi semasa hari raya akan menjelang ini.

Sebelum majlis penyampaian derma, semua warga sekolah berkenaan mengadakan majlis bertahlil dan membaca yassin bagi menyemarakkan bulan yang mulia ini.